Baca sampai penat.

Baca Tulisan Haji Hadi tentang isu Tabung Haji, nak bagi pandangan pun,nak sentuh pasal Intergriti Tabung Haji pun..tak perlu label dan perkecilkan orang.. Ini kata dalam isu Tabung Haji satu Tuduhan Menteri yang Masih Mentah..

Jawab : Ko ni TGHH komen mestilah yang sama bidang agama, kalau dia komen ekonomi LGE ko cakap dia takde kelulusan plak

Kalau Mujahid tu mentah, Hj Hadi berapa tahun jadi Menteri ? Bekas Menteri Agama UMNO pun tak Bongkak mcm Hj Hadi.. Hj Hadi ni kalau tak label istilah Binatang, ada jer Istilah dia nak perkecilkan orang..ada masalah hati.. aku pun banyak benda kritik Dr Mujahid.. takda lah sampai isu tabung Haji pun, nak salahkan Dr Mujahid lagi..

Jawab : Yang ko sentap sangat TGHH komen Mujahid kenapa bhai? Ko suka sangat Amanah ke? Dah tu mana TGHH tak marah kat Mujahid, dia kira nak santuni semua benda pasal maksiat yang PAS dan UMNO tentang selama ni, tiba2 isu TH sibuk plak nak jadi hero, padahal isunya TH konon terlebih bayar hibah je pun

Sebenarnya bukan kali pertama aku tengok Hj Hadi perkecil Dr Mujahid, sebelum ni pun dalam dialog dgn Mahasiswa, dalam dialog tentang Geopolitik..baca di malaysiakini dia kata Menteri Agama tak faham agama, Tak Faham Politik..

Jawab : Bro ko ingat Pas tak sakit hati ke dgn Amanah? Kerusi yang Amanah menang tu ko ingat sebelum ni sape pegang? Kalau TGHH nak perkecil Mujahid pun ko nak jadikan isu, habis ko taknak bising bila Mujahid buat sidang media sokong ICERD?

lepas tu sentuh tulisan Ibnu Khaldun, dgn Bangga kata, saya baca semua buku tu sampai habis, ada orang baca tak habis.. nak tunjuk dia jer yang pandai, dia jer baca buku ngan kitab, dia jer faham agama org lain tak tahu, Ini bukan akhlak seorang yg layak dipangil Ulama’.. suka memperkecilkan orang..Bongkak dan Angkuh..

Jawab : Bro TGHH nak bgtau kalau ilmu banyak tapi tak boleh bersuara pun tak guna bro, TGHH bpe kali ckp sbb PAS keluar PR bukan nak kejar kerusi Parlimen atau jawatan menteri kalau takut bersuara di Parlimen?

Ok lah.. hari ni aku nak bagi tahu satu rahsia..Iaitu rahsia hati, Sebenarnya kenapa Hj Hadi asyik perkecil Dr Mujahid ? dan selalu ucapan dia sasarannya Mujahid, Sebab nya jawatan Menteri Agama itu adalah jawatan yang di idam idamkan dan dijanjikan dalam teori King Maker bersama Najib..

Jawab : Ko memandai je ye, kalau TGHH dan PAS gila pangkat dan kuasa macam Amanah yang tak menang muktamar PAS dan merajuk keluar parti, dah lama PAS gabung kerusi dengan UMNO di Kedah dan Perak untuk rampas kuasa.

Memang itulah perancangan Hj Hadi dan Najib, Kerusi PAS akan menyelamatkan UMNO di Putrajaya, Sudah tentu Hj Hadi akan dilantik Menteri Agama, dan Hj Hadi termakan dgn janji Najib, dengan strategi 3 Penjuru, PAS akan Menang 5 Negeri.. Kerusi Parlimen PAS akan jadi penyelamat UMNO di Putrajaya..Jadi jawatan menteri agama itu sangat di idam idamkan.. Itu sebab dia tak bertanding Dun di Terengganu..

Jawab : Bhai pikir dan perhati betul2 kalau TGHH dan PAS jahat bukan tak boleh gabung kerusi dengan UMNO (53) + PAS (18) + PKR-Team Anwar-Rafizi (20) + DAP (42) = 133 kerusi majoriti mudah?

Tapi ketentuan Allah, bagaimana pun rencana Jahat mereka dengan regim Najib dulu.. apa pun perancangan Jahat SPR memecahkan kawasan Pilihanraya.. memecahkan PAS, memecahkan Undi, buat Pengundian hari Rabu, Hakikatnya Allah tentukan PH Menang di Putrajaya.. atas kertas.. ia perkara yg agak Mustahil untuk PH menang…

Jawab : Betul PH menang bro, tp menang dgn cara salah, dengan fitnah UMNO, sekarang UMNO lompat masuk PH ko nak cakap apa bhai? Kalau PKR dan DAP keluar PH ko nak sembang apa? Ko nak sokong Mujahid Amanah lagi?

Tapi Allah juga tentukan UMNO sendiri berpecah, Najib bersengketa dengan Shafie Afdhal, dan juga Muhyiddin.. Hakikatnya, Kerusi kerusi di negeri Shafie Afdhal dan Muhyiddin inilah yang memenangkan PH di Putrajaya.. Inilah yang tidak dijangka oleh Najib..

Jawab : PH menang dengan fitnah UMNO dan tipu rakyat bhai, kalau UMNO jahat pun boleh janji macam PH janji turun minyak RON95, hapus PTPTN, hapus TOL, hapus GST bagai, bila tak mampu buat ko taknak bising plak?

Segala perancanganjahat Najib dengan PAS di Pantai timur berjaya.. PAS berkempen pun orang UMNO bagi duit..Tetapi gagal di Pantai Barat.. Sabah dan Sarawak. Jika Tidak kerajaan hari ini di Putrajaya masih Najib, ia kerajaan campuran PAS dan BN.. dah tentu Hj Hadi adalah Menteri Agama, Menteri yang jaga Tabung Haji, JAKIM dan semua Institusi Islam..

Jawab : Orang Pantai Timur Melayu Islam bro, Pantai Barat Cina India ramai, campur pulak Melayu macam ko memang la kalah UMNO PAS, 4 negeri Kelantan Terengganu Pahang Perlis majoriti Melayu, Kedah sebab pengikut Tun masih ramai, Selangor sebab pengikut Anwar masih ramai, negeri lain semua Cina India ramai sbb tu PH menang der

Tu sebabnya, Hj Hadi suka bergaya seperti Menteri, suka disanjung..Suka disambut bagai Ketua Negara, hatta nak datang parlimen pun dengan Bodyguard.. Hakikatnya Menteri PH pun relax masuk parlimen berseorangan walaupun datang dengan Escort Polis.. masa perjumpaan MB Kelantan dan Terenggan dengan Tun Mahathir di Putrajaya, dia pun sibuk seolah olah dia Khalifah di Negeri Pantai Timur..walhal dia takda kena mengena.

Jawab : Bilamasa TGHH suka disanjung bhai? Kalau dia gila pangkat dan kuasa kenapa PAS keluar PR walau dipujuk Anwar? Ko buta ke apa?

sampai hari ini dia punya Dendam.. kesumat kita dapat lihat.. macam macam tuduhan tak masuk akal, Sampai sanggup kerah ahli PAS seluruh Negara turun ke Jalanraya.. sampai keluar fatwa Fardhu Ain.. sampai mengarut kata agenda Kristian, Freemason bagai..Kalau ikut Dendam dan kesumat Hj Hadi hari ini, Dia sanggup jatuhkan Kerajaan melalui Jalanraya.. Dia Sanggup pun diperkuda Najib dan Zahid..

Jawab : TGHH tuduh apa boleh cerita sket bhai? Dia nak kerah penyokong PAS ke jalanraya apa masalah ko? Dia nak keluar fatwa pun ko sape nak pertikai?
Ko ingat berjuta yang turun KL bantah ICERD tu apa? Ko cuba lah buat Bersih 6 tgok Cina ramai ke Melayu?
Ko kalau The Arrival 30 Episod pun tak khatam lagi kat YouTube tu ko xyah sebut Freemason der

Alhamdulillah..rencana Rusuhan Kuil hari itu tidak merebak jadi rusuhan Kaum, Demontrasi hari itu tak jadi rusuhan kaum, isu ini dapat dikawal dengan baik oleh kerajaan Tun Mahathir.. walaupun plot dan segala perancangan,Ucapan pemimpin mengarah ke arah itu.. hari ini mereka masih mencuba memainkan sentimen Perkauman..

Jawab : Kalau perlu kerajaan PH dijatuhkan dengan kuasa rakyat berhimpun besar2 besaran apa salahnya? Yang berhimpun tu rakyat juga, sebangsa dan seagama dengan ko juga, kalau DAP buat Bersih 6 ko taknak turun?

Isu kuil tu masalah pemaju Cina DAP dengan pengurusan Kuil Hindu. Apa kena mengena dengan UMNO PAS, yang merusuh bakar kereta, lawan Polis, lawan FRU, serang Bomba dan yang kena pukul sampai meninggal Melayu ke India?

Kalau hari ini kita tenfok Tajuddin Abd Rahman..Hj Hadi marah marah tu, kita jangan kisah sangat, maklumlah..dan buat rancangan macam macam..dah habis duit belanja Keluar.. sampai bagi cuti umum, Rencana depa tak menjadi.. Tapi apa pun, kerja jahat depa ni tidak pernah berhenti.. Masih bakar sentimen Perkauman.. 🙂

Jawab : Ko sembang apa ni? Perkauman ke tak soalnya aku tanya ko, yang miskin skang Melayu ke Cina? Yang dapat bajet banyak Melayu ke Cina atau India? Yang bakal dapat subsidi petrol kereta lama Melayu (Proton, Naza 1.6) atau kereta baru Cina (Honda, Toyota 1.5)?
Institusi yang sedang dirampas. dari Melayu kononnya berlaku salah guna kuasa seperti TH, Felda, Felcra, Mara, TM, Petronas, DRB Hicom, Celcom, PNB, KWSP, BSKL dan banyak lagi tu Melayu ke Cina pegang?

•IpohMali

Jawab : Ko xyah la wat malu orang Ipoh bro