UMNO masok bunga.

Advertisement

Kula.

*Menteri DAP Kula ‘Buang Melayu’ agensi HRDF kini jadi mini Hindraf*

Menteri DAP Kulasegaran kini pengamal Dasar ‘Indian First’ di kementeriannya. Terbaru agensinya Human Resource Developmt Fund (HRDF) kini sudah seperti Hindraf. ‘Buang staf melayu’ dan monopoli kaum India. Ini cara Malaysia baru DAP?

Baca lagi http://sabahkini2.com/en/news/1533/menteri-dap-kula-buang-melayu-agensi-hrdf-kini-jadi-mini-hindraf-/view

RM1.6 billion.

Assalamualaikum.
Tuan & Puan yg dirahmati Allah

Renungan bersama khususnya yg nak buat kenduri kahwin anak.

Dah banyak koleksi cenderamata . Kebanyakannya dibeli dari peniaga2 besar (Cina). Banyak gift itu akan di buang saja sesampai di rumah. Kalau kita buat congak, kita boleh buat anggaran berapa banyak jualan yang kedai besar tu dapat selama setahun.

Kata lah Ada 1000 jemputan
4.00×1000 org = RM 4,000.00
Ada 100 majlis dlm satu daerah
4,000 x 100 majlis = RM 400,000.00
Ada 10 daerah
400,000 x 10 daerah = RM 4,000,000.00
Ada 10 negeri
4,000,000 x 10 negeri = RM 40,000,000.00
Dalam satu bulan ada 4 kali
40,000,000 x 4 kali = RM 160,000,000.00
Dlm satu tahun ada 10 bulan
160,000,000 x 10 bulan = RM 1,600,000,000.00
RM 1,600,000,000 = RM 1.6 Billion.

Ini jumlah wang yang diberikan secara percuma oleh orang melayu kepada peniaga2 besar.
Sbb itu gudang2 gergasi menjual brg2 goodies ni mengaut untung besar. Kalau kita tengok, pelanggan mereka penuh dgn melayu sahaja.

Jadi, dalam masa kita berdegor2 memperjuangkan hak melayu, kita perlu sentiasa bantu sesama kita.
Iaitu, pilih produk melayu sebagai hadiah spt Surah2 Al- Quran, Selawat, cenderahati krepek, kicap dan sebagainya dari org melayu utk jadikan gift. Kita akan membantu memberi RM 1.6 billion kpd pengusaha melayu.

*Carilah goodies dari IKS bumiputera spt kerepek atau lain2. Beli dlm kuantiti yg banyak dn packing semula*

Dapat bantu perniagaan bumiputera….!!!

Cuba viralkan pada semua orang2 Melayu yg nak buat kenduri. Fardu kifayah kita bantu sesama Muslim…hanya orang Melayu yg dapat bantu Melayu..

Insyaallah.

PBT.

Minda Presiden PAS

PILIHAN RAYA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Sistem Kerajaan Tempatan ini asalnya meniru apa sahaja yang telah dilaksanakan di Britain. Setelah Malaysia mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, amalan ini masih diteruskan. Kemudiannya dibatalkan selepas mengalami gejala sosial yang negatif dan peristiwa hitam yang mencetuskan permusuhan kerana isu perkauman, dikatakan juga berlakunya jurang yang tidak saksama khususnya dalam aspek ekonomi di antara bandar dan luar bandar yang melibatkan kaum yang berbeza.

Kedengaran pula baru-baru ini, suara dan tulisan supaya diadakan semula Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan pelbagai hujah atau dalil. Ada daripada kalangan yang mahu menghidupkannya semula, alasannya untuk menghidupkan demokrasi, memperbaiki pengurusan lebih bersih dan bijak. Paling penting bagi mereka adalah untuk menjana ekonomi, kerana itu ia dijadikan akidah dan kiblat seperti agama.

Keseluruhan ideologi ciptaan manusia yang berpayungkan politik dan pentadbirannya tanpa menyentuh soal roh dan akhlak, serta tidak mempedulikan hubungan antara kaum, maka persoalan akhlak berpisah daripada agama, jauh sekali mengambil kira soal dosa dan pahala.

Kebanyakan mereka lebih bertuhankan akal semata-mata, tanpa melihat kepada segala aspek yang ada kaitan dengan kejadian manusia, khususnya aspek negatif yang boleh mengundang dengan mudah beberapa bencana, akhirnya kepayahan dihadapi dan sukar untuk menyelesaikan masalah yang bertalu-talu datang selepasnya.

Ramai di kalangan umat Islam terlupa bahawa Rasulullah S.A.W. telah menunjukkan kebijaksanaannya dalam pembangunan bandar apabila menegakkan negara Kota Suci Madinah dengan berlakunya Hijrah. Perkataan ‘bandar’ dalam Bahasa Arab disebut Madinah, menggantikan nama sebelumnya, Yathrib atau Taibah.

Islam mentadbir penduduknya yang didiami masyarakat majmuk yang terdiri daripada kumpulan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj yang menganut Islam dan menerima saudara seagama yang datang berhijrah dinamakan Muhajirin. Wujud pula kaum bukan Islam bangsa Yahudi (ahli Kitab) daripada pelbagai kabilah (Bani An-Nadir, Qainuqa’, Quraizoh dan lain-lain) dan diizinkan juga dari kalangan musyrikin dan munafik.

Kaum Yahudi pula paling menguasai ekonomi. Adapun kaum lain lebih menumpukan ternakan dan pertanian. Ada juga daripada kalangan para sahabat R.A. yang berniaga, seperti Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin ‘Auf, Saad bin Abi Waqqas, Zubair bin Awwam, Asma’ binti Abu Bakar R.A. dan lain-lain.

Langkah pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. adalah memilih tapak masjid dan membinanya untuk menjadi pusat ibadat, ilmu dan pentadbiran, sehingga rumah Rasulullah S.A.W. bersambung dengan masjid. Seterusnya menempatkan Pasar Madinah yang menjadi pusat perniagaan mengumpulkan hasil pertanian, ternakan dan barangan lain yang dibawa oleh para musafir.

Rasulullah S.A.W. telah menyatukan masyarakat majmuk, dimulakan umat Islam daripada kalangan ‘Aus dan Khazraj yang dahulunya sentiasa berperang, digabungkan dengan kalangan Muhajirin yang datang dengan semangat persaudaraan Islam.

Penduduk bukan Islam diajak hidup bermasyarakat atas sifat persaudaraan kemanusiaan sehinggalah dimeteraikan Sahifah Madinah (Piagam) yang melibatkan semua kaum yang menerima Islam untuk menjadi pihak yang berkuasa. Mereka menerima Islam untuk memerintah tanpa dipaksa menganutnya. Sebelum kedatangan Islam, berlaku perpecahan dan peperangan dalam kalangan kaum dan agama yang berbeza dan juga dalam kalangan satu kaum dan satu agama. Islam berjaya mewujudkan perdamaian dan keharmonian.

Ibnu Khaldun (784-808H / 1332-1406) yang diberi gelaran peneroka ilmu kemasyarakatan moden oleh semua ilmuwan Islam dan bukan Islam, kerana hasil karangannya yang bernama Al-Muqaddimah, dianggap kalangan ulama Islam paling hebat dan tersohor yang mendahului pemikiran pada zamannya.

Beliau menulis secara khusus berkenaan perancangan dan pembangunan bandar. Turut disentuh segala aspek kemasyarakatan yang menyeluruh, merangkumi peranan agama, politik, ekonomi, sosial, pendidikan, keamanan, pertahanan dan lain-lain, bukan hanya sekadar mengurus penduduk, bangunan, perjalanan dan pasarnya sahaja, bahkan merangkumi segala aspek hubungan persaudaraan kemanusiaan.

Ini menunjukkan perlunya pembangunan bandar yang disusun kehidupan bermasyarakat, sekali gus akan mewujudkan keharmonian sesama manusia supaya bermasyarakat madani. Ini adalah perkara terpenting bagi menjamin kehidupan yang selesa bersama keamanan dan persaudaraan khususnya dalam masyarakat majmuk. Bukan sekadar mengurus bangunan rumah kediaman, sekolah, pasar raya, hotel, jalan raya, parit dan longkang dan pusat hiburan sahaja. Inilah barangkali yang difikirkan oleh kalangan yang bernafsu mahukan Pilihan Raya PBT diadakan bagi melangsungkan pusaka Barat tanpa menilai atau muhasabah dalam segala aspek.

Penjajah yang menakluk kita dahulu bukan hanya sekadar mendirikan bangunan kediaman, perniagaan, dan lain-lain di bandar-bandar yang dibangunkan oleh mereka. Dalam masa sama, mereka turut meletakkan acuan masyarakat yang akan bertembung dan bermasalah. Masyarakat luar bandar di kalangan orang India menjadi pekerja ladang yang dibawa daripada tanah jajahan, kalangan Cina menguasai kawasan perlombongan dan mengekalkan kampung-kampung Melayu serta kaum bumiputera lain yang dipencilkan di kawasan pedalaman.

Mereka juga menyusun pembangunan insan mengikut acuan mereka sendiri. Keadaan yang berbeza agama, bangsa dan budaya ini, ditambah pula perbezaan kedudukan, pendidikan, ekonomi, politik dan sosial, yang juga telah diatur mengikut acuan kepentingan mereka dalam jangka masa yang pendek dan panjang. Semuanya demi kepentingan mereka, bukannya kepentingan kita, sehingga kita menjadi masyarakat yang cacamarba.

Sejarah hitam peristiwa 13 Mei 1969 di Malaysia masih dikenang oleh generasi yang kini bertaraf warga tua. Mungkin yang masih muda lagi bebal atau yang tua bersikap pekak badak tidak mengambil kisah.

Peristiwa Ahok di Jakarta juga menjadi iktibar, walaupun majoriti besar penduduknya adalah umat Islam, tetapi kepentingan ekonomi dijadikan alat dan kiblat sehingga ada di kalangan umat Islam terperangkap dengan agenda subsidi umrah yang berwalikan Ahok. Mereka yang hidupnya laksana katak di bawah tempurung, termasuk di kalangan para ulama yang alim kitab kuningnya sahaja, walaupun berpengajian tinggi di atas kertas, tetapi fikirannya dikongkong pada zaman kitab itu ditulis atau berkisar di biliknya sahaja. Mereka tidak memandang ke sana dengan bijaksana untuk mengambil iktibar.

DAP yang mendukung kuat Pilihan Raya PBT hanya mengambil kira kaum Cina yang mengundinya sahaja, tanpa mengambil kira kaum dan pihak lain yang menjadi nadi dan urat saraf dalam menghidupkan bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang wajib dijaga segala hubungan dan sensitivitinya.

Adapun PKR dan PAN pula tidak berbangsa dan ada yang punya kebangsaannya, tetapi tanpa jiwa atau tidak berjantungkan agama. Kaumnya tidak berjiwa bangsa dan agama. Bangsa dan agamanya laksana jenama yang ditampal pada botol majun penguat nafsu yang menjadi syarat rukun hidup masyarakat Melayu dahulu kala dan Melayu kini yang dikatakan mudah lupa. Petandanya menjadi leka dalam usia yang terlalu muda, belum sampai setahun jagung. Sudahlah UMNO pula mengalami kelumpuhannya yang berusia tua dan berpenyakit kerana panjang usia memerintah.

Berfikirlah dengan matang dan sejahtera bersama Islam, tanpa paksaan menganut agama dan menukar bangsanya, demi keselamatan semua dan masa depan generasi akan datang.

Jangan sekadar mentadbir bandar dengan bangunannya tanpa pembangunan manusia yang bersopan dan bersaudara. Jangan sekadar membangun bandar yang banyak duit daripada sumber apa sahaja, termasuk duit haram, seperti cukai rumah urut, pelacuran dan bayaran untuk gengster dan kongsi gelap. Semuanya akan menempah kehidupan yang cerah untuk sementara waktu dan selepasnya bergelap sepanjang waktu.

Alasannya juga kerana terdapat sebanyak 101 daripada 192 buah negara di dunia yang mengadakan Pilihan Raya PBT. Oleh kerana Malaysia berada dalam dunia, maka wajiblah mengikut alam dunia itu sehinggalah berlakunya Kiamat Kubra.

Jika diluluskan, Pilihan Raya PBT hendaklah diadakan di seluruh Malaysia, sama ada secara serentak atau berperingkat. Beberapa pindaan akta diperlukan. Dikatakan juga, mungkin lebih meriah berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) sedia ada, tetapi dalam kemeriahan itu banyak berlaku perkara sebaliknya.

Mengikut perhitungan kasarnya, kaum Melayu atau Bumiputera sekadar menguasai bandar seperti Baling di Kedah, Gua Musang di Kelantan, Kuala Berang di Terengganu, Tembeling di Pahang, Lubuk Antu di Sarawak dan sebagainya. Keputusannya sekadar untung seguni ubi, ruginya pula berhutang dengan bank yang tidak mampu dibayar dengan nilai seguni ubi dan boleh berundur daripada tapak rumah dan tapak ubinya sehingga melarikan diri ke hutan rimba dan sebagainya.

Adapun DAP dan PKR serta yang sewaktu dengannya akan menguasai Bandar Raya Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban, Kota Melaka, Johor Bahru, Pulau Pinang dan sebagainya. PKR boleh menumpang sementara waktu dan PAN dapat menumpang semangkuk dan akan hilang waktunya.

Apabila adanya berita bahawa Perdana Menteri menolak diadakan Pilihan Raya PBT, ia menjadikan ada yang terkejut meracau, namun keadaannya:

Parti Bersatu terbuka hati,
UMNO dan BN berkecil hati,
DAP sakit hati,
PKR luka hati,
PAN pula buta hati,
Adapun PAS sentiasa berhati-hati.

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 12 Rabi’ul Akhir 1440 / 21 Disember 2018

Fitnah.

*UMNO/PAS PENYEBAR FITNAH.*

Jawab : Umno Pas sebar fitnah atau Pakatan Harapan menang PRU dengan fitnah?

Nak menipu pun agak2 la.
Rakyat bukan semuanya bodoh seperti penyokong2 *UMNO/PAS*.

Jawab : Tiada rakyat yang bodoh kecuali penyokong Melayu PH yang sokong bukan Islam/Melayu untuk jatuhkan Islam/Melayu

*1.* Sejak bila pulak *Tabung*
*Haji* diserahkan kepada *DAP*..?

Jawab : Habis sejak bila pula MOF diserah kepada DAP? Sampai LGE keluar bajet tak mesra Bumiputra pun masih buat2 tak nampak?

*2.* Bila masa pulak kabinet
meluluskannya?

Jawab : Habis nak tunggu sampai Kabinet lulus baru nak bantah?

*3.* Tak kan senang2 mcm tu je serah
tanpa ada apa2 usul dlm
*Dewan Negara*?

Jawab : Sebab tak dibahas di Parlimen la PH ambil kesempatan untuk keluarkan isu TH di hujung sesi Dewan Rakyat, ko tak nampak ke?

*4.* Sekiranya betul.., tunjukkan
lah apa2 *Dokumen* atau *Klausa*
sebagai bukti sokongan.

Jawab : Ko sembang apa bhai? Habis selama ni Jabatan Audit Negara penipu la sebab luluskan dividen/hibah TH?

*5.* Sekiranya *LGE* sebagai *MOF* dari
parti *DAP*.., mana yg lebih
berkuasa? *MOF* atau *PM*..?

Jawab : Kalau PM ko tu berkuasa sangat kenapa boleh luluskan Bajet yang berat sebelah oleh LGE?

*6.* Tak mungkin menteri-menteri
*Melayu Islam* dlm kerajaan
hanya berdiam diri sekiranya
*Tabung Haji* di ambil alih oleh
*Org Bukan Islam*.

Jawab : Ko sembang macam la tak pernah berlaku dalam isu Bajet SJKC, LGBT, Syiah, Bible Melayu, ICERD, Lompat Parti dll, ko bgtau aku bila masa Menteri ko tu bersuara untuk Bumiputra?

Cukup-cukuplah menyebar fitnah hanya kerana nak mempertahankan penyamun2 *Tabung Haji* supaya mereka lepas bebas.

Jawab : Ko ni bangang ke apa bhai? Umno pegang TH ada pernah tak bayar dividen? Bahkan lebih dari mana2 bank. Ko yang tak sedar2 lagi kena tipu dengan DAP.

Apa yg korang dapat? Sedangkan mereka itu bermewah2an dgn harta dan duit rompakan mereka.

Jawab : TH tu Institusi Islam bhai, tempat Melayu Islam simpan duit utk buat Haji, kalaupun dividen tak diberi lepas ni ok lg bro, tp kalau subsidi haji dihapus atau dikurang ko nak tanggung dosa rakyat tak dapat buat Haji?

Korang yg menyokong tetap menjadi pecacai kepada mereka dgn bayaran yg tak seberapa.

Jawab : Ko ingat penyokong Umno Pas kejar duit macam penyokong PH? Ko tak tahu ke perhimpunan ICERD Dataran Merdeka bape juta turun bhai? Ko ingat macam perhimpunan Bersih?

Sedarlah.., duit yg mereka sapu tu duit rakyat, duit rakan2 dan saudara mara korang.

Jawab : Ko tau ke tak isu TH ni sebenarnya bhai? Isunya duit simpanan TH lesap ke atau TH terlebih bayar dividen bro?

Kalau korang tetap nak menyokong mereka juga.., memang korang tergolong dlm golongan baghal yg tak mahu menggunakan akal.

Jawab : Ko tu buka mata sket bro, isu TH takde beza dgn 1MDB, isunya PH persoal TH beri dividen atau hibah yang kononnya telah melebihi keuntungan TH sendiri, samalah isu 1MDB, kononnya DSN merompak, walhal 1MDB tak bangkrap pun sampai sekarang siap tukar CEO lagi.
Yang kelakarnya DSN tak kena reman pun kalau betul curi billion2 tu, dakwaan pun atas akta AMLA (Penggubahan Wang Haram) je bukan Kanun Keseksaan Jenayah 409 Pecah Amanah?

Sama juga Pengerusi TH tak pula kena reman atau bicara mahkamah kalau betul ada bukti kukuh duit TH dirompak?

Ko buta lagi ke agenda sebenar PH ni atau lebih tepat musuh Islam atau lebih tepat LGE dan DAP amat berminat dengan aset TH yang bernilai hampir 20 billion?

Yang paling bangangnya ada ke patut disebabkan TH kononnya terlebih bayar dividen atau hibah kepada Melayu Islam maka semua aset TH bernilai hampir 20 billion terus dipindah urus ke syarikat audit yang telah disenarai hitam di negara India?

Lepas semua aset TH dipindah urus, jadi macam mana TH nak berniaga lepas ni?

Maka disinilah agenda sebenar bilamana MOF atau lebih tepat LGE sebagai Menteri Kewangan lah yang berkuasa untuk meluluskan bon untuk TH berniaga kerana semua aset TH telah dipegang oleh pihak ketiga.

Ko sebenarnya tak tahu niat atau agenda sebenar bila TH akan diletak di bawah Bank Negara kerana bila pengurusan TH dirombak, PH takut pemegang akaun TH yang pastinya Melayu Islam akan beramai2 mengeluarkan simpanan masing2?

Kalau sebelum ni pemegang akaun TH bebas nak keluar duit banyak mana dan bila2 masa sekalipun, selepas dibawah Bank Negara ko rasa boleh ke keluar duit tanpa had sehari?

Lepas ni jumlah deposit TH juga akan dihadkan bila dibawah Bank Negara kononnya tak adil untuk pendeposit kecilan, apa punya bangang PH ni, sepatutnya TH akan lebih kukuh bila lebih besar deposit dimasukkan, sebab tu TH mampu bayar dividen lebih tinggi dari mana2 bank

Lepas ni Bank Rakyat juga akan diganggu kerana diuruskan UMNO, dimana satunya Bank Koperasi yang boleh meluluskan pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan sehingga 200k, dan juga mampu membayar dividen lebih tinggi dari Bank Komersial di bawah Bank Negara.

Inilah perangai sebenar kerajaan PH dibawah Tun dan LGE yang dengki sangat akan kejayaan UMNO dibawah DSN walau ianya baik untuk rakyat seperti TH dan Bank Rakyat ini?

Mereka sanggup ketepikan rakyat terutamanya Melayu Islam dek hanya untuk melepaskan nafsu membalas dendam politik yang tak bersekudahan…